
Sulit
5 tahun
Persoalan Pasal Tabligh
Saudara saya adalah pesert tabligh. Bila bertanya dia mengatakan dia telah menjalani saringan. Adakah KKM ada mengeluarkan sebarang surat mengatakan seseorang tidak dijangkiti virus sebagai bukti. Sekarang dia berada di kedah, kawasan Yan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya kurang pasti mengenai SOP KKM untuk peserta tabligh. Namun, secara amnya, sesiapa yang telah menjalani ujian COVID-19 akan diberi surat untuk tujuan rawatan lanjut dan pengesahan keputusan COVID-19.
Anda boleh terus merujuk perkara ini kepada doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini