
Sulit
4 tahun
Person under surveillance - Hari ke 7
Saya lelaki berumur 44,buat masa ini saya diminta kuarantin diri dirumah oleh Mysejahtera dan dipantau melalui aplikasi itu dari hari ke hari, dan ini hari ke tujuh. Status PUS tersebut saya dapati bila saya menjawab soalan penilaian kemungkinan terdedah oleh Covid19 kerana pernah kunjungi pasaraya Setia City Mall pada 27hb September 2020, tetapi pasaraya tersebut umum jangkitan pada 8hb Oktober 2020. Selama beberapa hari ini, tiada apa2 simptom, tetapi semalam bermula, rasa tekak yang kering dan badan rasa bisa2 serta seram sejuk. Tapi suhu kekal normal 36.3°

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti:
- dehidrasi
- common cold
- radang tonsil
- radang pharynx
- GERD
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/ Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini