
Sulit
3 tahun
Pertama kali bisul di bahagian lubang dubur
Salam… maaf kerana ini pertama kali terjadi pada saya… 2 hari lepas, saya mengalami kesukaran untuk buang air besar sehingga berdarah dan luka pada lubang dubur, dan selepas itu, saya menyapu minyak gamat pada luka tersebut, dan selepas beberapa hari, timbul 1 bisul kecil di bahagian lubang dubur… dan menyebabkan saya makin sukar untuk buang air besar… malah, ianya pedih bila terkena air… jadi, membuatkan saya rasa trauma untuk buang air…

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dubur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
Buasir
- Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
- Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
- perianal abscess
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.