
Sulit
4 tahun
Pertama kali mengalami anxiety attack. Kenapa boleh berlaku dam bagaimana mengatasinya?
Selamat malam… saya wanita berumur 30’an. Baru sekejap saya mengalami anxiety attack setelah membaca doa malam nisfu syaban. Tiba2 saya merasa seram sejuk, rasa mahu pitam, rasa takut akan kematian, berdebar2 dan susah hendak bernafas. Kenapa saya boleh mengalami keadaan macam itu? Ini pertama kali. Saya rasa takut untuk meninggalkan orang2 yang saya syg terutama anak, suami dan ibu. Macam mana saya perlu mengatasi sekiranya berlaku anxiety attack lg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor. Namun begitu, perasaan yang anda alami adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan doktor secepat mungkin supaya masalah yang dihadapi oleh anda dapat ditangani.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Tekanan emosi
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran:
- Massalah keluarga
- Masalah dengan orang sekeliling
- Persekitaran yang kurang ceria dan sihat untuk diri anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.