sitiasmirah93
6 tahun
Pertanyaan berkaitan kentut vagina
Salam Sejahtera… saya ingin bertanya, saya tidak mengalami senggugut atau pun keputihan…
tetapi kdang kala mengalami kentut vagina, adakah kentut vagina boleh memberi kesan kepada saya dalam usaha untuk hamil? adakah ia menunjukkan rahim tidak sihat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kentut vagina boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat pergerakan fizikal semasa hubungan seksual
- masalah pelvis
- masalah struktur vagina
Sebetulnya, kesuburan ditentukan oleh banyak faktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































