
Sulit
5 tahun
Pertanyaan berkenaan Covid-19 kuarantine
Saya mempunyai kakitangan yang telah menjalani pemeriksaan covid-19 dan telah didapati negatif. Beliau adalah secondary person yang mana bapa mertuanya merupakan kontak kepada seorang covid-19 positif. Seluruh keluarga telah melalui screening dan kesemua didapati negatif buat masa ini. Jawapan dari screening tersebut diperolehi pada sabtu 14 Mac 2020. Apa yang perlu beliau lakukan? Perlu melalui self-quarantine atau boleh saja datang ke pejabat? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, kurantin harus berjalan selama 14 hari dari tarikh berjumpa dengan pesakit yang disahkan covid-19 positif walaupun ujian saringan negatif.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sihat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini