
Anonymous
5 tahun
Pertanyaan Cream Econazine
Nak tanya, cream ni ada kandungan steroid ke?
Mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, Selamat sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Econazine mengandungi Econazole Nitrat dan Triamcinolone sebagai bahan aktif. Terdapat pelbagai fungsi untuk ubat econazine. Econazine digunakan untuk rawatan, kawalan, dan pencegahan penyakit, keadaan dan gejala berikut:
- Alahan kulit
- Jangkitan kulat kulit
- Kandidiasis vagina
- Kaki atlet
- Tinea versicolour
- Jock gatal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.