
Sulit
5 tahun
Pertanyaan haid tak teratut
hello saya wanita yang berumur 34 tahun semenjak 3 bulan ni darah haid saya berpanjangan selama 3 minggu dah darah pun berketul ketul besar lagi dari syiling 50 sen, warna darah pun bukan seperti darah period biasa, saya dah berkahwin selama 13 tahun lebih tapi saya belum dikurniakan anak, saya pun tak tahu apa mslhnya, selalu darah haid saya mmg tidak teratur setiap bulan kadang awal kadang lewat tetapi setiap kali period saya memang segugut adoi sakitnya anat sakit. tetapi semenjak 3 bulan ni berturut turut darah saya keluar lebih daripada 7 hari sehingga 3 minggu berturut turut dalam kuantiti yang banyak berketul ketul apakah masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah haid berpanjangan ini memerlukan pemeriksaan faraj dan juga kemungkinan ujian darah dan imbasan rahim bagi mengenalpasti punca masalah yang anda alami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.