
Sulit
3 tahun
Pertanyaan kesan vaksin
hai doktor…saya nak tanya kalau penyakit Truncus arteriosus type 1, Eisenmenger syndrome ada kesan sampingan ke kalau amik vaksin covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas peertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda ingin tahu jika pesakit truncus arterriosus type 1, Eisenmenger Syndrome boleh mendapatkan vaksin Covid-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap vaksin Covid-19 menjalani ujian yang teliti dan secara amnya selamat, berkesan serta stabil dalam melawan wabak Covid-19. Setakat ini, tiada kajian atau kes komplikasi serius bagi pesakit seperti anda apabila diberi suntikan vaksin Covid-19.
Namun begitu, anda harus menyediakan sejarah kesihatan yang terperinci dalam borang kebenaran atau semasa di Pusat Pemberian Vaksin. Agar anggota kesihatan yang lain dapat memberi fokus dan rawatan yang sepatutnya jika terdapat kesan sampingan daripada vaksin.
Sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh merujuk kepada doktor atau berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini