
Sulit
4 tahun
Pertanyaan mengenai tiroid dan percubaan utk hamil
salam sejahtera,
saya gadis berusia 26 tahun dan sudah berkahwin hampir 2 tahun. saya sedang merancang untuk hamil. bulan lepas saya suspek penyakit tiroid dan telah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut. hasil pemeriksaan mendapati mmg sy mempunyai tiroid tp hormon masih dalam keadaan terkawal. jadi sy tidak diberi sebarang ubat dan setiap 6 bulan sy perlu membuat pemeriksaan lagi.
sy dalam perancangan utk hamil dlm masa terdekat. adakah penyakit tiroid ini akan memberi kesan dalam perancangan sy utk hamil? atau adakah sy perlukan supplement tambahan selain asid folik utk membantu sy hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tiroid memang boleh mengganggu kesuburan anda. Oleh itu, langkah yang paling penting adalah untuk mengawal hormon tiroid dalam badan anda. Kehamilan juga boleh menyebabkan masalah tiroid anda semakin teruk atau bertambah baik. Sebaiknya, anda mendapat nasihat daripada pakar kesuburan tentang cara untuk hamil dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.