Sulit

4 tahun

Pertanyaan tentang Arachnoid cyst

Selamat sejahtera,

Baru2 ini saya menjalani ujian ct-brain.Doktor mengesahkan ada arachnoid cyst tapi bukan di otak (di kawasan nerve kalau tak silap saya).Doktor kata tak perlu rawatan sebab cyst tu kecil saja.

Saya ingin tanya,bahaya kah arachnoid cyst ni.apakah rawatan utk cyst ni.dan adakah cyst ni menyebabkan saya selalu pening kepala dan bakal mendatangkan masalah lebih besar di masa depan?

Mohon penjelasan Doktor,terima kasih.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan yang diberi, Kami memahami kebimbangan anda mengenai simptom-simptom yang disebut atas boleh berkait dengan penyakit sista Arachnoid ( Arachnoid Cyst ).
Untuk makluman anda, Arachnoid Cyst merupakan sebuah penyakit dimana terdapat kumpulan cecair di dalam kantung yang terhasil daripada membran arachnoid. Sista ini boleh menyebabkan pening kepala, penyitaan (seizures)dan juga penghasilan cecair CSF ( Cerebrospinal fluid ) yang berlebihan yang boleh menyebabkan tekanan dalam otak tinggi. Antara simptom-simptom yang disenaraikan:

  • Pening kepala
  • Muntah dan loya
  • Keletihan
  • Pembangunan diri yang terbantut
  • Perubahan personaliti dan gaya
  • Masalah penglihatan atau pendengaran
  • Masalah keseimbangan ketika berjalan atau berdiri
  • Masalah mengawal pergerakaan tidak sengaja

Sista arachnoid boleh tumbuh sehingga menggangu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk mengawal memori, hormon, pendengaran, penglihatan atau pun juga personaliti.

Jika arachnoid cyst anda kecil dan tidak mendatangkan apa-apa gejala, doktor anda akan memantau dahulu. Jika rawatan diperlukan, prosedur pembedahan akan dilakukan.

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)