Sulit
5 tahun
Pertanyaan tentang jiran kena Covid-19 ape i perlu buat?
sy tinggal kat rumah teres, jiran sy rumah ketiga semalan 3/4?2020 dijangkit convid-19. Dia pekerja di pasar besar seremban. kerajaan dah buat ujian 600 pekerja pasar pada 1/5/2020. I teringat dia pernah datang rumah sy selama 10 minit. sy pun pernah face to face cakap sama dia. skg ape sy kena buat ???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Sekiranya anda pernah berkontak dengan jiran anda dalam masa 2 minggu lepas, anda digalakkan untuk ke mana-mana hospital dalam senarai ini (Designated Hospital for COVID-19).
Buat masa sekarang anda harus mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyebaran virus seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































