
Sulit
3 tahun
Pertanyaan tentang najis bayi
Anak sy brusia 11 bulan … Hrni prtma kali najisnya brwrna htm … Tp tidakla htm yg pekat … Adakah sbb fktor pmakanan?ank sy brusia 11 bln …

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa bayi anda mempunyai najis yang berwarna hitam dan kami akan membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, najis bayi tidak sepatutnya berwarna hitam selepas 1 minggu kelahiran, memandangkan bayi anda sudah berumur 11 bulan, perkara ini perlu dirujuk doktor dengan segera.
Najis hitam boleh menandakan perkara yang serius seperti pendarahan pada sistem penghadaman.
Oleh itu, anda perlu ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.