
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang perancang keluarga
sy sudah mengambil perancang depo pd 26hb january2021 dan telah bersama suami pd 31hb january . soalan sy,posibility utk pregnant tu ada ke?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda telah menerima suntikan pada 5 hari pertama waktu kitaran haid anda, anda akan dilindungi daripada kehamilan. Tetapi jika anda menerima suntikan pada hari-hari lain pada waktu kitaran haid, anda perlu menggunakan kontraseptif atau perlindungan seperti kondom untuk 7 hari sebelum suntikan berkesan. Jadi sukar bagi pihak kami, untuk menentukan jika risiko untuk anda hamil tanpa mengetahui kitaran haid anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.