
Sulit
3 tahun
Pertanyaan tentang solution nano spray gun untuk sanitize rumah
Hi doctor, saya gadis 22 tahun nak bertanya tentang solution nano spray gun … kebanyakkan orang jual solution dia ni non alcohol/free alcohol adakah ianya dapat membunuh virus tanpa alcohol?? bole doctor jelaskan tentang hal ini ? Saya harap doctor dapat menjawab persoalan saya ini sebab saya nak beli utk rumah saya. Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya solution tanpa alcohol yang digunakan mengandungi nanoparticle seperti silver, AgNP, ia akan berkesan sebagai sanitizer juga. Sebabnya ialah particle AgNP ini dapat mempengaruhi dan bunuh virus-virus serta elakkan jangkitan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.