Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang Swabtest PCR CTValue
Saya baru sahaja habis kuarantin pada 26/8 yang lepas dan pada 27/8 saya sudah ambil surat pelepasan kuarantin di Shah Alam. Soalan saya, andai kata saya nak buat swaptest PCR sekali lagi dan result masih lagi POSITIF dan CT Value masih lagi rendah macam result PCR saya yang sebelum ni, perlu ke saya kuarantin lagi di rumah walaupun saya sudah ada surat pelepasan kurantin? Dan bagaimana pula kalau result swaptest PCR POSITIF dan CT Value tinggi? Adakah saya perlu kuarantin lagi di rumah atau pun tidak perlu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya CT value anda tidak melebihi 40, anda adalah negatif maksudnya jumlah virus dalam badan telah berkurang dan berisiko rendah untuk menyebarkan jangkitan kepada orang lain. Anda tidak perlu kuarantin lagi, cuma perlu mengikuti SOPs dengan tegas, pakai mask, rajin cuci tangan, jarakkan diri sama lain dan sebagainya.
Sekiranya CT value anda tinggi, melebihi 40, anda adalah positif maksudnya jumlah virus dalam badan adalah tinggi, berisiko tinggi untuk menyebarkan jangkitan, anda perlu kuarantin lagi serta laporkan diri kepada jabatan yang berkaitan.
Walaubagaimanapun, bekas pesakit Covid selepas pelepasan dari kuarantin, seawalnya dalam 2 minggu masih berisiko rendah menyebarkan jangkitan, cuma jumlah virus dalam badan telah berkurang. Anda dikehendaki mengikut SOPs dengan tegas, pakai mask, rajin cuci tangan, jarakkan diri sama lain dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































