
Sulit
5 tahun
Pertanyaan yang sangat penting
Salam sejahtera doktor… sayak mahu tanya nih …ada rakan saya yang menceritakan bahawa dia melakukan hubungan intim dengan kekasih …dia (lelaki) terpancut diluar (di atas perut) wanita namun wanita ada rasa seperti lelehan masuk SEDIKIT namun dia mengelap dengan segara…adakah akan menyebabkan kehamilan? Dan soalan kedua bagai mana mahu tau adakah dia mengndunng? Boleh kah diak mahu cegah dengan memakan nanas muda? Mohon dijawab ya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika rakan anda memasukkan zakar kedalam faraj kekasihnya dan memancut di luar, terdapat 4% risiko kehamilan. Hal ini kerana sperma boleh dilepaskan melalui air mazi dan juga air mani.
Jika mereka ingin mencegah kehamilan, mereka boleh menggunakan pil perancang kecemasan dalam masa 72 jam selepas hubungan intim tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.