Sulit
3 tahun
Pertukaran pill perancang
Sy berusia 38tahun dan sudah 1tahun 8bulan mengambil pil perancang regulon dr klinik kerajaan. Sy ingin tukar dr regulon ke yasmin . Adakah cara pengambilannya sama? Malam tadi, 27/12/20 adalah hari pertama pengambilan regulon selepas rehat 7 hr…tapi sy tukar ke yasmin…bolehkah begitu atau akan ada effect lain nanti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, cara menukar ubat perancang ialah mengambil ubat perancang jenama baru sejurus berhenti mengambil pil perancang yang lama. Jangan menjarakkan sebarang hari antara pil perancang tersebut.
Memberikan jarak waktu antara pek pil ketika menukar pil perancang dapat menurunkan kadar perlindungan daripada kehamilan. Namun, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor anda tentang kondisi kesihatan anda dan kesan sampingan yang mungkin anda alami supaya ubat yang bersesuaian boleh diambil. Bagaimanapun, kesan sampingannya adalah sangat jarang berlaku kepada para wanita.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih