Sulit
4 tahun
Pertumbuhan bulu di area nipple
Saya wanita berumur 21 tahun dan saya mengalami pertumbuhan bulu halus di sekitar nipple saya, dan ia semakin bertambah apabila dicabut. Kenapa saya mengalami masalah ini dan bagaimana cara untuk saya mengatasinya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pertumbuhan bulu pada kawasan puting payudara. Kami sarankan anda untuk berhenti mencabut bulu tersebut. Sila berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan. Dengan ini doktor dapat mengenal pasti kondisi anda dan menentukan rawatan yang sewajarnya jika perlu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































