Sulit
4 tahun
Perubahan keputusan swab test
Jika seseorang yang close contact dengan orang positif covid itu mempunyai keputusan negatif setelah swab test, bolehlah keputusan itu berubah kepada positif?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kami kurang pasti dengan prosedur pihak KKM berkenaan ujian swab. Tetapi adalah baik untuk anda melakukan swab kedua untuk menentukan sama anda telah bebas daripada virus tersebut ataupun tidak.
Walaupun begitu, ujian RTK bermaksud Rapid Test Kit di mana ia memberi keputusan segera dan positif bermaksud anda mempunyai sejarah atau pernah dijangkiti oleh virus tersebut. Manakala negatif pula tidak bermaksud anda bebas daripada virus tersebut. Ujian pengesahan yang terbaik untuk COVID-19 pada masa ini adalah rt-PCR.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk memantau keadaan anda dan sila berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan melarat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi klinik di mana anda membuat pemeriksaan tersebut atau menghubungi hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































