
Sulit
5 tahun
Perubahan mood yang mendadak
saya berumur 17 tahun. Saya mensyaki diri saya mengalami bipolar kerana baru baru ini saya mengalami perasaan kemurungan saya ingin bunuh diri ,perkara ini berlanjutan sehingga beberapa hari dan saya pernah mencerderakan diri sendiri. Saya menangis dari pukul 2-6petang tanpa sebab.Namun, selepas beberapa hari dari itu saya menjadi ceria dan nafsu seksual dan nafsu makan saya juga meningkat. Adakah saya mengalami bipolar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, diagnosis bipolar harus ditegakkan oleh seorang doktor pakar sebelum anda boleh mulai dirawat. Merujuk kepada gejala yang dialami, ia boleh jadi timbul akibat beberapa hal seperti:
- Kemurungan
- Reaksi stres
- Kelainan bipolar
Memandangkan keluhan ini telah berjalan sejak beberapa lama, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.
Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Bagi mendapatkan diagnosis dan memulai rawatan, anda digalakkan untuk merujuk doktor. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.