
Sulit
3 tahun
Perubahan Najis Dalam 4 Bulan
Hi doktor, saya wanita berusia 31 tahun dan belum berkahwin dan juga berbadan berisi gempal. Doktor, saya mahu tanya… Saya ada perubahan najis selama 4 bulan sebegitu, iaitu najis saya sebelum ini normal pejal dan kadang2 bersaiz besar dan warna coklat biasa… Kemudian berubah ke najis pejal benyek atau kadang2 cirit benyak tapi bukan cirit air dan kadang2 warna najis berubah juga. Selama ni pemakanan saya jaga… Saya ada makan Sayur, buah-buahan, air mineral saya minum setiap hari, dan air manis sy jarang sgt ambil… Dan kopi semua sy tak suka minum. Jadi Ceritanya begini,sebelum ni najis saya normal ada pejal & warna najis normal coklat… Jadi pada bulan Mac lalu… Saya terasa ada sesuatu di dubur saya, Selepas saya pergi hospital di check oleh doktor pakar tentang ada terasa unjuran di dubur saya, doktor pakar mengatakan itu hanya skin tag shj… Tetapi selepas seminggu lebih, saya mendapati najis saya ada perubahan seperti… Najis saya ada pejal tapi benyek, kadang2 itu cirit benyek tetapi bukan cirit cair air…cuma sekali-kali bila sakit perut sungguh, baru najis jadi cirit cair… Jd najis itu ia berlanjutan sehingga sekarang bulan 6,kira2 4bulan perubahan najis saya begitu… Saya sudah ke doktor, dan doktor ada bagi ubat utk cirit… Dah makan ubat tu pun sama jgk tiada perubahan, masih begitu juga sampai sekarang… Selepas itu, bermula pada selepas raya tempohari … Warna najis saya berubah-ubah kadang2 warna coklat, kadang2 warna kuning… Selepas itu, najis saya nampak berminyak… Melekat pula di mangkuk tandas… Dan sejak-menjak ni, najis saya warna kuning gold… Dan ada hari itu nampak warna macam pucat dan ada jumpa doktor bagitahu, doktor ada buat check darah untuk lihat hati… Selepas dapat result darah, doktor kata hati okay tak ada masalah… Selepas itu saya pelik, najis jadi pula warna kuning… Kejap coklat, kejap kuning… Kejap macam kuning gold, dan kadang nampak berminyak, kejap tak nampak berminyak, kejap melekat kat tandas… Kejap tak, dan kejap terampung, kejap tak… Jadi bagaimana ya tu doktor?? Saya jadi risau sangat, sampaikan dari saya bulan Mac sehingga bulan Jun sekarang, payah untuk saya tidur malam… Erm, hal ini amat merisaukan saya juga walaupun cuba lembutkan hati taknak fikirkan sangat… Tapi tetap rasa nak google itu ini… Yg buatkan saya fikir dan terus fikir, sbb ini kan soal kesihatan. Jadi boleh doktor bagitahu, kenapa ya… Maaf panjang penjelasan saya, terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan diberikan, anda mengalami perubahan pada konsisten dan warna najis. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala perubahan pada najis boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan dalam hidup
- Diet pemakanan
Namun gejala ini juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang lebih serius seperti kondisi pengurangan penyerapan nutrisi seperti penyakit celiac, masalah hati, hempedu atau pankreas.
Gejala ini juga boleh berlaku disebabkan masalah tiroid atau perubahan hormon.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.