
Anonymous
6 tahun
Perubahan tempoh Haid
Saya seorang ibu kepada 3 orang anak, saya dan suami dalam perancangan untuk menambah ahli keluarga. Dalam 6 bulan terakhir kitaran haid saya normal dengannkebiasaan haid 6-8 hari. Akan tetapi pada bulan ini haid saya tidak sama. Darah tidak banyak (biasanya hari ke 2 dan 3 aliran darah banyak dan saya perlu menganti tuala wanita lebih kerap) dan haid saya berhenti pada hari ke 3 dan bersih sepenuhnya pada hari ke 4. Saya juga mengalami sakit di bahagian tapak@perut kaki sebelah kanan…Adakah saya perlu berjumpa Dr kerana kerisauan ni?

6 tahun
Terima kasih untuk soalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca kitaran haid tidak teratur:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.