
nrizztjaafar17
5 tahun
Perut ada gerakan kecil
Saya wanita berumur 23 tahun, baru mendirikan rumah tangga selama 4 bulan lebih. Masalah saya sekarang Sebulan lepas saya mengalami period seperti biasa, tapi lepas habis period sya dapati saya ada keputihan yang teruk dan menyebabkan sakit bila bersama suami. Sya dh dapatkan rawatan doctor dan diberi pessary, 4 hari selepas sya masukkan sbiji ubat kputihan dan bau hilang, sejak sya alami keputihan perut sya ada gerakkan kecil lebih kerap di bahagian bawah kiri. Dan minggu lepas sya period tapi hanya 2 hari sahaja dan skrg sya alami kembali keputihan tersebut dan ianya berbau, Setiap kali lepas bersama suami saya dan suami akn trus cuci, kenapa ye sebab2 ini terjadi, dan adakah bahaya untuk sya kerana period hanya 2 hari, dan perut sya sedikit buncit sejak sya alami smua ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.