
akq8732
5 tahun
Perut angin Dan sendawa, batuk keyring sakit tekak Dan hidung sumbat seperti sukar bernafas
Saya pelajar universit I Di melaka, saya baru pulamg dari ipoh pada minggu lepas. Saya risau jika tanda2 di atas menunjukkan saya terkena jangkitan covid 19

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda mempunyai gejala batuk kering dan hidung tersumbat, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah perut berangin dan kerap sendawa bukanlah disebabkan COVID.
Gejala yang anda hadapi ini juga boleh disebabkan perkara lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- dehidrasi lebih-lebih lagi musim panas ini
- Penyakit tibi
Bagi info lanjut, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini