
syiepahfyza1
5 tahun
Perut belah kiri sakit
Saya wanita berumur 31 tahun… Kebelakangan ini saya sering mngalami sakit perut d sebelah kiri… Sakit ni akn mmbuatkn saya muntah2 dan belakang saya sakit sangat. Dan tekak saya juga akan sakit sampai tak boleh telan apa2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara punca sakit perut yang anda alami adalah:
- Ulser perut
- Kembung perut akibat jadual pemakanan yang tidak teratur
- Sembelit
- Masalah batu karang
- Jangkitan buah pinggang atau saluran kencing
- Sakit akibat ovulasi
- Radang diverticular
- Hernia
- Sakit pada otot atau tulang rusuk
Sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan oleh asid yang menyebabkan iritasi pada tekak ketika anda muntah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.