
Sulit
3 tahun
Perut berangin gastrik
Saya wanita dalam 20’an mengalami masalah gastrik baru baru nie sejak awal bulan 4 haritu.Masalah saya sekarang setiap kali bangun pagi mesti perut rasa berangin macam kembung.Saya dah cuba makan macam macam ubat gastrik tapi tetap sama juga sampai nak pergi kerja rasa tak selesa hari hari macam nie tiap kali bangun tidur.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan perut kembung dan rasa berangin.
Umumnya gejala seperti yang dinyatakan itu boleh disebabkan oleh:
- Tabiat pemakanan yang kurang sihat
- Kesan sampingan dari ubat
- Stress otot yang berlebihan
- Kesan dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- Alahan atau keracunan makanan
- Inflammatory bowel disease
- Gangguan pencernaan yang lain
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.