Sulit
3 tahun
Perut berasa kembung dan loya tekak
Selamat pagi… Sy wanita berusia 20thun, pada mulanya akhir bulan 2 hritu sy melihat ada tompokan darah hang keluar… Kemudian tiap kali sy membuang air kecil sy dapati ada ketulan darah sedikit di dalamnya. Sehingga harini masih ada ketulan darah tu dalam air kencing. Kemudiannya sekarang sy mengalami masalah perut rasa berangin(kembung) lpastu saya akan muntah dan berasa tidak selesa. Sy juga rasa badan sy tidak selesa dab terlalu penat. Selera makan pon berkurang dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih



























