
Sulit
4 tahun
(Perut berbunyi ada angin
Lelaki…umur 37… dh lebih 2 mggu perut rsa ada angin…mcm lapar prot kosong…tp saya mkn…cirit baru 2 kali…tp biasa2 sja…xsenak perot…sendi2 lutu,ibu jari kaki…sakit2…xdemam…xbtok…xsakit kerengkong…xsakit kepala…tlg dokter…rsa x selesa perit nsendi lutut…tp lutut xtrok…bleh jln smua…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, sakit lutu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kekurangan zat besi dan kalsium
aktiviti yang membebankan
tidak cukup rehat
rapuh/hakisan tulang
Radang sendi
Manakala masalah sakit perut anda boleh disebabkan oleh masalah:
Keracunan makanan
Gastritis adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.