
Sulit
4 tahun
Perut berbunyi dengan kerap
Salam sejahtera,saya ingin bertanya,perut saya kerap berbunyi walaupun sudah banyak kali makan,pernah ke klinik dan diberitahu saya mengalami gastrik,ahli keluarga saya yang lain ada juga gastrik,tetapi tidak ada masalah perut berbunyi,kadang² saya cepat rasa lapar walaupun sudah makan,macam mane ye untuk hilangkan perut berbunyi ni,adakah perut saya banyak angin dan perlu minum air halia?tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perut berbunyi dan nama saintifik dikenali sebagai boborygmi. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat normal sekiranya anda tidak mempunyai gejala lain seperti sakit perut, sembelit, pedih ulu hati, dan sebagainya. Apabila ia berlaku secara sendiri tanpa gejala lain, ia bukanlah sesuatu yang anda perlu khuatiri. Namun, jika terdapat gejala lain, gejala yang anda alami boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- masalah usus besar seperti - gastrik, sembelit, keracunan makanan
- Masalah ovari - seperti ovulasi, ovari terbelit, radang ovari
- Masalah saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
-Masalah saluran darah aorta - seperti aneurisma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.