
Sulit
4 tahun
Perut berbunyi dengan kuat dan tidak selesa
Hye saya wanita berumur 27 tahun.perut saya berbunyi dengan terlampau kuat walaupun lepas 30 minit/1 jam makan benda² yang berat.bila berbunyi perut saya akan rasa tidak selesa…adakah saya perlu minum air halia atau ada cara lain ke untuk hilangkannya… Tq doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perut berbunyi dan nama saintifik dikenali sebagai boborygmi. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat normal sekiranya anda tidak mempunyai gejala lain seperti sakit perut, sembelit, pedih ulu hati, dan sebagainya. Apabila ia berlaku secara sendiri tanpa gejala lain, ia bukanlah sesuatu yang anda perlu khuatiri.
Halia adalah antara rawatan semula jadi dalam mengurangkan bunyi perut. Selain halia, pudina dan kayu manis boleh membantu mengurangkan bunyi perut.
Namun, jika terdapat gejala lain, gejala yang anda alami boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- masalah usus besar seperti - gastrik, sembelit, keracunan makanan
- Masalah ovari - seperti ovulasi, ovari terbelit, radang ovari
- Masalah saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
-Masalah saluran darah aorta - seperti aneurisma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Halia adalah antara rawatan semula jadi dalam mengurangkan bunyi perut
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.