
Sulit
4 tahun
Perut berbunyi seperti letupan kecil walaupun sudah makan dan tidak berasa lapar
Saya kurang selesa dalam keadaan ini lebih-lebih lagi ketika bekerja kerana segan didengari oleh rakan sepejabat. Mohon penjelasa. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perut berbunyi dan nama saintifik dikenali sebagai boborygmi. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat normal sekiranya anda tidak mempunyai gejala lain seperti sakit perut, sembelit, pedih ulu hati, dan sebagainya. Apabila ia berlaku secara sendiri tanpa gejala lain, ia bukanlah sesuatu yang anda perlu khuatiri. Namun, jika terdapat gejala lain, gejala yang anda alami boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- masalah usus besar seperti - gastrik, sembelit, keracunan makanan
- Masalah ovari - seperti ovulasi, ovari terbelit, radang ovari
- Masalah saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
-Masalah saluran darah aorta - seperti aneurisma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.