
Sulit
4 tahun
Perut berbunyi walaupun tidak lapar
Saya wanita 27 tahun. Perut saya sering berbunyi. Bunyi yang sangat jelas. Saya juga sering kembung perut dan berkentut. Perut saya berbunyi waktu lapar dan waktu saya tidak lapar. Bunyi yang jelas macam bunyi spray. Pushhh…Dah lama berlarutan. Perlu x saya jumpa untuk konsultan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala tersebut, seperti:
- Pergerakan usus yang terlalu aktif
- Proses pencernaan sedang berlaku
- Pergerakan gas di dalam perut atau usus
- Cirit-birit
- Sembelit
- Hernia
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perkara tersebut mengganggu anda ataupun jika anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Muntah dan loya
- Demam
- Cirit-birit
- Sembelit
- Sakit perut
- Aktiviti harian atau tidur terganggu
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.