
girlsaggi
5 tahun
Perut berdenyut denyut
Hi/Akum doc, saya berumur 36, berkahwin, blom mempunyai ank. Pernah buat operation suspect apendix tp sbnry cyst pecah (lebih 10 tahun). Soalan: Perut saya antara pusat dn ari2 kdg2 terasa ada denyutan dn tidak sakit, dtg dn hilang dlm bbrp hari, kebelakangan ini kerap terjadi. Tiada tanda saya mengandung dn haid dtg spt biasa (waktu ini br habis dtg bulan).

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman puan, Untuk makluman pihak anda, denyutan pada bahagian perut tidak semestinya bermaksud kehamilan. Ia mungkin berpunca daripada denyutan salur darah pada abdomen anda dan ia adalah normal untuk dirasai terutamanya bagi mereka yang bertubuh kurus.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.