
Sulit
4 tahun
Perut berdenyut tetapi tidak sakit
Hi doc, saya berumur 16 tahun, pada bahagian perut (bawah dada) saya terasa dan keligatan berdenyut seperti jantung. Tetapi tidak sakit. Boleh doctor tlong jelaskan mengapa ini boleh terjadi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, Untuk makluman pihak anda, denyutan pada perut mungkin berpunca daripada denyutan salur darah pada abdomen anda dan ia adalah normal untuk dirasai terutamanya bagi mereka yang bertubuh kurus.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.