
hanisahamid1997
5 tahun
Perut boncet dan kedatangan haid lambat
Hai, saya hanisa, 22 tahun. Saya ingin bertanya jika melakukan pembedahan pembuangan humorrhoid, kesan kedatangan bulan itu tergangu ke? Sebab selepas sahaja melakukan pembedahan, kelewatan haid tuh sampai 3 bulan dan selepas tuh, selang sebulan kedatangan haid. Soalan seterusnya, ialah jikalau mempunyai perut boncet seakan2 mengandung tetapi tidak mengandung betul ke ade cyst? Dan saya mengalami kegatalan dibahagian bawah wanita dan kelihatan tumbuh jerawat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sekiranya haid anda tidak teratur, ditambah dengan gejala tambahan lain, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan perawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.