
Sulit
4 tahun
Perut buncit dan haid tidak teratur selama 3 bulan dan perut dibahagian bawah mengeras ketika baring
saya wanita berumur 19 tahun , saya mengalami perut buncit dan haid saya tidak teratur , saya tidak mengalami langsung simptom org mengandung , adaka ini penyakit , 3 bulan yg lepas saya mengalami pendarahan yg sedikit tetapi lama sehingga sebulan lebih selepas itu berhenti sehinggalah sekarang , sekarang perut saya semakin buncit dan kekadang mengeras , saya juga merasakan seperti ada ketulan di bahagian bawah perut saya dan terasa keras , saya ingin tau apakah ini penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Masalah ovari seperti kista (cyst) dalam ovari, ovari terbelit
Endometriosis - sangat jarang berlaku pada remaja. Ia adalah disebabkan sel lapisan dinding rahim tumbuh ditempat lain
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.