
Sulit
3 tahun
Perut buncit dan tiada selera makan
Saya seorang wanita berumur 22 tahun. Saya mengalami masalah perut buncit dan tegang saya sering cepat letih dan sakit di bawah perut ,saya tidak menpunyai selera untuk makan. Period juga tidak teratur. Apakah solusi seperti mengambil ubatan yang boleh saya cuba.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid tidak teratur. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda disarankan untuk melakukan ujian UPT atau berbincang mengenai keadaan ini dengan doktor atau doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan