
Sulit
5 tahun
Perut buncit semakin besar
Saya wanita umur 26 tahun belum berkahwin. Masaalah Saya mengalami perut buncit yang semakin Hari Makin buncit Dan kembung. Rasa tidak selesa, cepat penat. Saiz perut Makin membesar.waktu malam Dan pagi keadaan Paling Tak selesa. Apakah masaaalah ini Dan apa treatment yang perlu Saya jalankan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Alahan pada sesetengah makanan
- Ketumbuhan pada organ dalam perut/ reproduktif wanita.
Jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, tiada selera makan, kurang berat badan, anda perlu segera ke hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.