
Sulit
4 tahun
Perut cramp sebelum nak buang air besar
Sy skrg pregnant 29w, umur 24th. Masalah yg sy hadapi ialah ketika nak buang air besar, perut sy cramp dan teramat sakit spt contraction. Semasa buang air besar, sy x teran, sy biarkan je bnda tu kluar sndiri. Bila dah habis buang air besar, perut sy still cramp. And skrg pinggang sebelah kiri sakit sgt. Adakah ini sembelit ataupun masalah lain? Sebelum sy rasa sakit sy sarapan susu dutch lady full cream & biskut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan.
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan.
Berdasarkan keterangan anda bahawa anda sekarang sedang hamil 29 minggu, anda disarankan untuk mengawasi sakit perut yang anda alami, sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit belakang, pendarahan atau cramp perut yang kerap seperti selang beberapa minit, adalah sebaiknya anda merujuk segera perkara ini dengan doktor.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih