Sulit
3 tahun
Perut, kaki dan kadang kadang kepala rasa panas tetapi tidak rasa demam. Saya sudah makan pelbagai jenis ubat tetapi masih sama. Saya ingin tahu puncanya. Saya rasa amat takut
Hi, saya berumur 28 tahun dan saya mengalami perut panas berlarutan lebih dari sebulan. Tetapi tidak rasa demam dan hanya rasa tidak selesa. Sebelum ini saya sering sendawa walaupun belum makan. Selepas membeli ubat angin di farmasi, angin sudah berkurangan tetapi badan masih panas. Untuk pengetahun doktor saya jugak telah mengambil ujian darah di klinik tetapi tiada apa apa yg tidak normal. Saya nak tahu apa puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk pengetahuan anda, konsultasi di platform ini adalah terhad. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.