
cikbayanghidup90
5 tahun
Perut kembung angin macam pregnant
Ibu saya berusia 56, akhir-akhir ni sering mengadu sakit perut Dan akan rasa sakit macam dibahagian rusuk sblh kanan sprt ditekan, dan sekarang perut dia kembung angin, dah Cuba minum air halia, angin dalam perut berkurang sekejap sahaja. Dan bila dia bangun keesokan hari, akan jadi lagi… Ubat apa yang perlu diambil selain gascoal50mg?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kembung perut yang ibu anda alami boleh disebabkan:
- Ascitis - iaitu kumpulan cecair akibat kegagalan hati, buah pinggang atau jantung
- Ketumbuhan dalam ovari atau rahim seperti kanser ovari/rahim
- Masalah asid refluks (gastrik)
- Radang pankreas/hempedu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi mengelakkan diagnosis yang lebih bahay. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.