
akimpenyui604
2 tahun
Perut kembung dan angin
saya selalu mengalami perut kembung lepas makan…terasa bila nk bernafas pandek kadang2 ssh nk bernafas dan badan saya terasa lesu kepala pun pening

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala perut kembung dan gejala lain yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Gejala awal kencing manis
- Penyakit ulser perut
- Radang hempedu - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Penyakit Coeliac - alahan pada gluten
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.