
Sulit
5 tahun
Perut kembung dan susah buang air besar
Saya lelaki berumur 24 tahun. Sejak beberapa hari perut sy pedih di ulu hati, dan kembung… Selain tu juga sy susah utk buang air besar. Terasa mcm nak buang tapi lama tunggu tak keluar juga… Jadi ape perlu saya buat ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sembelit
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.