
lya.hitlog
5 tahun
Perut kembung disebabkan penyakit hipertirod
saya pesakit hypertirod, ade masalah perut kembung dah 5 hari.doc ckp gastric. how to reduce the kembung .perut besar ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kembung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Kebanyakan makan makanan berlemak
- Makan makanan kaya serat (fibre) seperti sayuran
- Intoleransi laktosa
- Masalah keradangan usus
- Premenstrual syndrome (PMS)
- Masalah sistem pencernaan lain seperti jangkitan bakteria H.pylori, hiatal hernia dan lain-lain
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.