
Sulit
5 tahun
Perut kembung, mengeras, sakit di bhgian bwh dan belakang
Sy lelaki berumur 31thn, minggu lepas saya mengalami perut kembung dan mengeras, bawah perut sy sakit, sukar keluar angin, jika sy kentut akan keluar bsamaan sdikit najis, sy bjumpa doktor tp doktor mgatakan sy hanya tsalah mkn, sy mgambil ubat yg dberikan doktor, slps 1mggu, sy bransur pulih, tp semalam terjadi lg prkara yg sama, dan sy turut merasa sakit d bhgian blkg bdn sy, apa penyakit yg sy alami doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Kesan sampingan ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.