
Anonymous
5 tahun
Perut kembung pada bahagian kiri
Assalamualaikum. Saya wanita berusia 25 tahun. Saya mengalami nyeri atau sakit perut (tidak terlalu sakit) pada bahagian kiri perut. Saya tidak mengalami apa-apa penyakit seperti demam, mual dan sebagainya. Tetapi perut saya terasa seperti kembung pada bahagian kiri. Adakah kerana pemakanan saya yang tidak seimbang? Adakah itu angin sahaja atau ada apa-apa penyakit yang lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut pada bahagian kiri boleh disebabkan:
- Sindrom pra-menstruasi (PMS)
- Sembelit
- Ovulasi
- Kista ovari pecah
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Jangkitan saluran air kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.