
Sulit
4 tahun
Perut kembung , sakit pinggang , kaki cramp
Saya wanita berumur 23tahun. Saya mengalami perut kembung (angin) setelah 1minggu lebih. Saya sentiasa berasa tidak selesa dibahagian perut sebelah kanan. Kadang kadang mengalami kekejangan otot di bahagian pinggang hingga ke betis kaki. Setiap malam lutut saya selalu kekejangan. Saya risau adakah simptom yg saya alami ini menyebabkan penyakit cyst. Bantu saya doc Tqqq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kembung dan sakit perut.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh:
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Keradangan apendik
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Keradangan usus
- Usus tersumbat
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
- Sista ovary
- Kandungan luar rahim
- Keradangan pelvik
Setiap penyakit yang dinyatakan diatas memerlukan pemeriksaan fizikal dan klinikal yang lebih terperinci. Sekiranya gejala yang anda alami berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.