
Sulit
5 tahun
Perut kerap berbunyi
Saya wanita berumur 29 tahun mengalami masalah perut berbunyi walaupun tidak lapar dalam 1 minggu ini. Apakah punca masalah tersebut. Adakah ia punca angin dalam perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- boleh menjadi normal bagi segelintir masyarakat (perut berangin)
- Sindrom usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Penyakit coeliac
- Radang usus (Colitis)
- kantung pada usus (Diverticulitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.