
dania94118
4 tahun
Perut keras di bahagian atas pusat
saya berumur 25 tahun… saya nak tanya doc kenapa perut saya dibahagian atas pusat bila ditekan ada terasa keras… dan saya lewat haid selama 5 hari boleh saya tahu kenapa ya? ada kaitan ke dengan haid saya?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah perut keras ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan
- ketegangan pada otot abdomen
- hati ataupun limpa yang membesar atas sebab tertentu seperti jangkitan kuman, thalassemia dan sebagainya
- radang peritoneum
- pembesaran salur darah abdomen (abdominal aortic aneurysm)
- ketumbuhan dalam perut sama ada tidak bahaya (benign) ataupun kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, kami memerlukan maklumat lanjut dari anda. Beberapa soalan harus kami ajukan sebelum membuat kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.